CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 5, 2009

Misi Perjumpaan Setiap DUN Parlimen Masjid Tanah

Salam Perjuangan....
Ha kawan-kawan dalam slot ini saya selaku Biro IT ingin memaparkan kepada anda semua gambar-gambar yang telah di rakamkan sepanjang perjumpaan Ketua Puteri Masjid Tanah bersama ahli-ahli puteri UMNO di dalam setiap DUN Parlimen Masjid Tanah. Kami AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah telah menyahut seruan Ketua Menteri Melaka agar misi `BACK TO BASIC`, dilaksanakan. Dalam perjumpaan tersebut banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli puteri cawangan. Antaranya meminta pihak AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah mengadakan pertandingan berbentuk sukan antara DUN, membuat lawatan ke rumah orang-orang tua dan banyak lagi. Ada juga ahli-ahli puteri yang menyampaikan maklumat, memberi cadangan serta berkongsi pengalaman hidup yang telah dialami mereka.Penyertaan semasa perjumpaan tersebut amat menggalakkan. Di samping dapat mengenali ahli-ahli puteri di setiap cawangan, kami juga dapat beramah mesra, mengeratkan jalinan sesama kita. Justeru itu diharapkan agar perkara sebegini dapat dikekalkan, supaya permasalahan dapat dibincang bersama, ikatan persaudaraan dapat dikekalkan hingga ke akhirnya.

DUN TANJUNG BIDARA (24/6/2009)



YB Datuk Karim Sulaiman selaku ADUN Tanjung Bidara pun turut serta memeriahkan perjumpaan kami. Beliau sanggup turun nak jumpa ahli-ahli puteri walaupun waktu tu hujan lebat. Betapa komitednya beliau. Tahniah!!!Hidup Datuk Karim!!Chaiyok, Chaiyok.
Ha ni lagi best! Mantan Puteri UMNO DUN Tanjung Bidara pun datang sekali. Kak Liza dan kak Manisah. Terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan kat kitaorang. Tanpa U all sapelah We all..hehehe.






Wah!Wah! Kak marina kite nie senyum baik punye kat kamera. Inilah dia barisan AJK DUN Tanjung Bidara juga selaku AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah. Tahniah diucapkan sebab dah berjaya buat perjumpaan untuk DUN korang.


DUN LENDU (26/6/2009)

Pada perjumpaan ini, kami telah mengadakan satu aktiviti untuk ahli-ahli puteri. Cabutan kerusi bertuah. Selalu orang dok buat cabutan bertuah, kali nie kami tukar sikit. Sebanyak 5 hadiah telah disumbangkan. Seronok ahli-ahli kami. Mana taknya,dah syok duduk kat kerusi tue, kami suruh bangun pulak tengok kerusi sape yang bertuah..hehehe!! Terkena U all...








ha kawan-kawan. inilah dia pemenang kerusi bertuah pada malam tu. Hadiah disampaikan oleh Ketua Puteri Masjid Tanah, Pn Mas Ermieyati. Tahniah diucapkan.

Penyampaian cenderamata untuk Ketua Puteri kita dari cawangan Durian Daun. (Pn Marina Manap).

Penyampaian cenderamata dari Penyelaras DUN Lendu buat Ketua Puteri. Sekalung penghargaan diucapkan buat AJK yang telah banyak membantu dalam menjayakan misi ini.

AJK sempat berposing semasa jamuan..ewah, ewah..senyum sakan akak liza kita tue..gambar nak kena masuk blog..hehehe.

DUN KUALA LINGGI (1/7/2009)

Bagi memperingati allahyarhamah ibu kepada Bendahari Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah (Norihan Bahari), satu majlis bacaan yasin telah diadakan di rumah beliau. Alllahyarhamah telah meninggal dunia pada 25/6/2009 yang lepas. Marilah kita semua sama-sama sedekahkan al-fatihah buat ibu beliau...Al-Fatihah....Semoga rohnya dicucuri rahmat.


0 comments: