CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Sunday, July 5, 2009

Majlis Perkahwinan AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah

Tanggal 4/7/2009 yang lepas,telah berlangsungnya majlis perkahwinan AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah,Juliana Abu Kasim dan pasangannya Helmizal..Diorang nie bercinta satu tempat kerja..satu tempat mengajar...Percintaan diorang ni pandai di cover...diorang ni pandai simpan rahsia..tapi akhirnya terbongkar juga..hahaha..Alhamdullilah, rakan kita nie telah selamat dilangsungkan..Siap dijulang lagi macam cerita `Sultan Mahmud Mangkat DiJulang`tue..hehehe..Takut muka pengantin bila dah kena julang..Rasa macam dok kat atas langit..Tinggi Bebenor..Apepun, tahniah buat mereka berdua.Semoga ikatan percintaan yang disemai, perkahwinan yang dibina atas dasar kasih&sayang berkekalan hingga ke akhirnya..Kami sentiasa mendoakan agar kebahagiaan dikecapi buat U all berdua..Tahniah

sempat berposing dengan pengantin dulu sebelum diarak....

pengantin sedang bersiap sedia untuk diangkat, dijulang menuju ke tempat persandingan



ha kan dah cakap tinggi macam dok kat atas langit...Alamak takutnya!!!Pegang tangan abang tu kuat-kuat..jatuh lak karang..Wah,bestnya..Seronok dapat dijulang macam nie..








nie acara makan beradap,kesian pengantin kita nie lapar..mana taknya dahlah berarak tengah panas.takpe pengantin, makan ye..

Misi Perjumpaan Setiap DUN Parlimen Masjid Tanah

Salam Perjuangan....
Ha kawan-kawan dalam slot ini saya selaku Biro IT ingin memaparkan kepada anda semua gambar-gambar yang telah di rakamkan sepanjang perjumpaan Ketua Puteri Masjid Tanah bersama ahli-ahli puteri UMNO di dalam setiap DUN Parlimen Masjid Tanah. Kami AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah telah menyahut seruan Ketua Menteri Melaka agar misi `BACK TO BASIC`, dilaksanakan. Dalam perjumpaan tersebut banyak perkara yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli puteri cawangan. Antaranya meminta pihak AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah mengadakan pertandingan berbentuk sukan antara DUN, membuat lawatan ke rumah orang-orang tua dan banyak lagi. Ada juga ahli-ahli puteri yang menyampaikan maklumat, memberi cadangan serta berkongsi pengalaman hidup yang telah dialami mereka.Penyertaan semasa perjumpaan tersebut amat menggalakkan. Di samping dapat mengenali ahli-ahli puteri di setiap cawangan, kami juga dapat beramah mesra, mengeratkan jalinan sesama kita. Justeru itu diharapkan agar perkara sebegini dapat dikekalkan, supaya permasalahan dapat dibincang bersama, ikatan persaudaraan dapat dikekalkan hingga ke akhirnya.

DUN TANJUNG BIDARA (24/6/2009)



YB Datuk Karim Sulaiman selaku ADUN Tanjung Bidara pun turut serta memeriahkan perjumpaan kami. Beliau sanggup turun nak jumpa ahli-ahli puteri walaupun waktu tu hujan lebat. Betapa komitednya beliau. Tahniah!!!Hidup Datuk Karim!!Chaiyok, Chaiyok.
Ha ni lagi best! Mantan Puteri UMNO DUN Tanjung Bidara pun datang sekali. Kak Liza dan kak Manisah. Terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan kat kitaorang. Tanpa U all sapelah We all..hehehe.






Wah!Wah! Kak marina kite nie senyum baik punye kat kamera. Inilah dia barisan AJK DUN Tanjung Bidara juga selaku AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah. Tahniah diucapkan sebab dah berjaya buat perjumpaan untuk DUN korang.


DUN LENDU (26/6/2009)

Pada perjumpaan ini, kami telah mengadakan satu aktiviti untuk ahli-ahli puteri. Cabutan kerusi bertuah. Selalu orang dok buat cabutan bertuah, kali nie kami tukar sikit. Sebanyak 5 hadiah telah disumbangkan. Seronok ahli-ahli kami. Mana taknya,dah syok duduk kat kerusi tue, kami suruh bangun pulak tengok kerusi sape yang bertuah..hehehe!! Terkena U all...








ha kawan-kawan. inilah dia pemenang kerusi bertuah pada malam tu. Hadiah disampaikan oleh Ketua Puteri Masjid Tanah, Pn Mas Ermieyati. Tahniah diucapkan.

Penyampaian cenderamata untuk Ketua Puteri kita dari cawangan Durian Daun. (Pn Marina Manap).

Penyampaian cenderamata dari Penyelaras DUN Lendu buat Ketua Puteri. Sekalung penghargaan diucapkan buat AJK yang telah banyak membantu dalam menjayakan misi ini.

AJK sempat berposing semasa jamuan..ewah, ewah..senyum sakan akak liza kita tue..gambar nak kena masuk blog..hehehe.

DUN KUALA LINGGI (1/7/2009)

Bagi memperingati allahyarhamah ibu kepada Bendahari Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah (Norihan Bahari), satu majlis bacaan yasin telah diadakan di rumah beliau. Alllahyarhamah telah meninggal dunia pada 25/6/2009 yang lepas. Marilah kita semua sama-sama sedekahkan al-fatihah buat ibu beliau...Al-Fatihah....Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Mesyuarat Puteri Bahagian Kali ke-3

Salam Perjuangan....
Pada 18/6/2009 yang lepas, Puteri Bahagian Masjid Tanah telah menjalankan mesyuarat kali ke-3 bertampat di bangunan UMNO MasjidTanah.Banyak agenda yang telah dibincngkan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

1) Ketua Puteri Masjid Tanah (Pn Mas Ermieyati) meminta pada AJK Puteri Bahagian supaya mengenali dengan lebih dekat lagi ahli-ahli puteri di dalam cawangan. Sentiasa berhubung dengan mereka agar jalinan persahabatan dapat dikekalkan sampai bila-bila.
2) Menyahut seruan Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam: Back To Basic, kuatkan akar umbi bermula dari cawangan. Oleh itu, satu keputusan telah dibuat iaitu perjumpaan setiap DUN dalam Parlimen Masjid Tanah. Dengan itu kita semua akan lebih mengenali antara satu sama lain. Permasalahan dapat dibincangkan bersama-sama.
3) Perbincangan mengenai kursus manik yang telah berjalan lancar dan jayanya. Tahniah buat Biro Usahawan dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti tersebut.
4) Puteri UMNO Negeri Melaka akan mengadakan Hari Keluarga pada 1 Ogos 2009 (sabtu) di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, Melaka. Penyertaan seramai mungkin amat dialu-alukan.
5) 19 Julai 2009 = Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah akan diadakan. Jam 8.00 pagi. Oleh itu setiap perwakilan yang telah disebutkan nama di dalam mesyuarat cawangan masing-masing diminta hadir.
6) Selain daripada itu, perbincangan mengenai Kursus Kawin yang mana Biro Agama diminta menjalankan aktiviti tersebut pada 1-2 OGOS 2009. Sebelum ini, Kursus tersebut telah ditangguhkan atas sebab memberi laluan pada Persidangan Mesyuarat-Mesyuarat Cawangan.






Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.