CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Saturday, January 28, 2012

PERJUMPAAN JENTERA PILIHANRAYA PUTERI UMNO DUN TABOH NANING

Tarikh : 27/1/2012
Tempat : Japerun Dun Taboh Naning
Masa : 8.30 mlm

PERJUMPAAN JENTERA PILIHANRAYA PUTERI UMNO DUN AYER LIMAU

Tarikh : 25/1/2012
Tempat : Pusat Khidmat Nasihat Parlimen Masjid Tanah, Paya Rumput 
Masa : 8.30 mlm

Wednesday, January 4, 2012

BARBER ON WHELLS





Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah menganjurkan Program barber On Wheels pada 31/12/2011 bertempat di hadapan Perhentian Bas Masjid Tanah, Melaka.

Program yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar Parlimen Masjid Tanah bertujuan untuk membantu golongan  ibu bapa membuat persiapan akhir bagi anak-anak mereka sebelum kembali ke sekolah pada 4 Januari 2012 nanti.

Seramai kira-kira 250 orang kanak-kanak sekolah rendah dan menengah tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut daripada seramai 20 orang tukang gunting yang didatangkan khas daripada semua Dun dalam Parlimen Masjid Tanah.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Puan Mas Ermieyati Samsuddin, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah sentiasa prihatin dan berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Selain daripada bantuan RM100 bagi setiap pelajar yang telah diberikan oleh kerajaan baru-baru ini, pihak kami turut memikirkan bantuan lain yang dapat disumbangkan kepada masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu kami memilih untuk mengadakan program Barber on Wheels ini.

Turut diadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak dan majlis penyampaian sumbangan beg sekolah kepada 20 orang kanak-kanak daripada Dun Kuala Linggi, DUN Tanjung Bidara, DUN Air Limau, Dun Lendu dan Dun Tabuh Naning. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Biro Pelajaran Exco Puteri Umno Malaysia, Saudari Seriwani Sabtu, YB Datuk Karim Sulaiman (ADUN Tanjung Bidara), YB Datuk Latipah Omar ( ADUN Tabuh Naning) dan YB Amiruddin Yusof (ADUN Air Limau) dan Saudara Hasnoul Hisham Mat Hasim, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Masjid Tanah.