CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Monday, June 15, 2009

Persidangan Mesyuarat-Mesyuarat Cawangan

Salam Perjuangan,
pada 15/5/2009 hingga 30/6/2009 yang akan datang nie, banyak cawangan yang telah dan akan menjalankan kewajipan untuk mengadakan persidangan mesyuarat. Banyak agenda penting telah di utarakan. Antaranya menyahut seruan kerajaan Malaysia...Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Marilah kita sama2 melihat gambar yang sempat dirakamkan sekitar perjalanan mesyuarat tersebut...










Mesyuarat-mesyuarat tersebut telah dirasmikan secara kelompok oleh Y.A.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop pada 16 Mei 2009 yang lepas di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg Bidara Masjid Tanah,Melaka. Banyak aktiviti yang telah diadakan di kebanyakan cawangan yang telah menjalankan mesyuarat. Antaranya pameran dari pihak polis, pemeriksaan kesihatan, daftar mengundi oleh SPR. Selain dari itu penyampaian sumbangan kerusi roda, penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR, PMR yang lepas serta penyampaian sumbangan kepada warga miskin. Sumbangan2 tersebut telah disampaikan sendiri oleh Y.A.B Datuk Wira Abu Seman Yusop serta ADUN LENDU YB Datuk Idderis Kasim. Sekian sahaja maklumat yang dapat disampaikan untuk tatapan sekalian.