CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 5, 2009

Mesyuarat Puteri Bahagian Kali ke-3

Salam Perjuangan....
Pada 18/6/2009 yang lepas, Puteri Bahagian Masjid Tanah telah menjalankan mesyuarat kali ke-3 bertampat di bangunan UMNO MasjidTanah.Banyak agenda yang telah dibincngkan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

1) Ketua Puteri Masjid Tanah (Pn Mas Ermieyati) meminta pada AJK Puteri Bahagian supaya mengenali dengan lebih dekat lagi ahli-ahli puteri di dalam cawangan. Sentiasa berhubung dengan mereka agar jalinan persahabatan dapat dikekalkan sampai bila-bila.
2) Menyahut seruan Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam: Back To Basic, kuatkan akar umbi bermula dari cawangan. Oleh itu, satu keputusan telah dibuat iaitu perjumpaan setiap DUN dalam Parlimen Masjid Tanah. Dengan itu kita semua akan lebih mengenali antara satu sama lain. Permasalahan dapat dibincangkan bersama-sama.
3) Perbincangan mengenai kursus manik yang telah berjalan lancar dan jayanya. Tahniah buat Biro Usahawan dan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti tersebut.
4) Puteri UMNO Negeri Melaka akan mengadakan Hari Keluarga pada 1 Ogos 2009 (sabtu) di Stadium Tun Fatimah Bukit Serindit, Melaka. Penyertaan seramai mungkin amat dialu-alukan.
5) 19 Julai 2009 = Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah akan diadakan. Jam 8.00 pagi. Oleh itu setiap perwakilan yang telah disebutkan nama di dalam mesyuarat cawangan masing-masing diminta hadir.
6) Selain daripada itu, perbincangan mengenai Kursus Kawin yang mana Biro Agama diminta menjalankan aktiviti tersebut pada 1-2 OGOS 2009. Sebelum ini, Kursus tersebut telah ditangguhkan atas sebab memberi laluan pada Persidangan Mesyuarat-Mesyuarat Cawangan.






Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam.

0 comments: