Salam Perjuangan,
pada 15/5/2009 hingga 30/6/2009 yang akan datang nie, banyak cawangan yang telah dan akan menjalankan kewajipan untuk mengadakan persidangan mesyuarat. Banyak agenda penting telah di utarakan. Antaranya menyahut seruan kerajaan Malaysia...Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Marilah kita sama2 melihat gambar yang sempat dirakamkan sekitar perjalanan mesyuarat tersebut...






















Mesyuarat-mesyuarat tersebut telah dirasmikan secara kelompok oleh Y.A.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop pada 16 Mei 2009 yang lepas di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg Bidara Masjid Tanah,Melaka. Banyak aktiviti yang telah diadakan di kebanyakan cawangan yang telah menjalankan mesyuarat. Antaranya pameran dari pihak polis, pemeriksaan kesihatan, daftar mengundi oleh SPR. Selain dari itu penyampaian sumbangan kerusi roda, penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR, PMR yang lepas serta penyampaian sumbangan kepada warga miskin. Sumbangan2 tersebut telah disampaikan sendiri oleh Y.A.B Datuk Wira Abu Seman Yusop serta ADUN LENDU YB Datuk Idderis Kasim. Sekian sahaja maklumat yang dapat disampaikan untuk tatapan sekalian.
Monday, June 15, 2009
Persidangan Mesyuarat-Mesyuarat Cawangan
Thursday, May 14, 2009
KURSUS JAHIT MANIK
Assalamualaikum kengkawanku..... sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus menjahit manik boleh sertai kami Biro usahawan Puteri UMNO bahagian Masjid Tanah yang akan diadakan pada 23 mei ini di Kolej Komunit Masjid Tanah.... boleh contact saya di nombor 0196800055 ( zee )
"MENUJU GERBANG PERKAHWINAN"
Assalamualaikum buat teman2 semua yang belum berkahwin dan akan berkahwin tapi masih belum sempat menghadiri mana2 kursus kahwin..... mari sertai kami, Biro Agama & Dakwah Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah akan mengadakan program Kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan islam pada 30 & 31 Mei 2009 nie... jom la join..... terbuka kepada semua puteri2 dan pemuda2... samada ada pasangan atau senidiran pun dialu-alukan untuk menyertai kami....jangan malu2 lagi walaupun umur anda masih muda tapi ini untuk persediaan awal diri anda.... bayarannye sebanyak RM 80.00 sahaja dan untuk ahli puteri ada harga istimewa untuk anda begitu juga kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli puteri pada hari tersebut .... jika anda berminat boleh nombor ini 0176791167 ( siti kalthom ) dan 012-6401225
( siti samsiah) ... tempat terhad kepada 200 orang sahaja.... jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri kursus ini.... sijil boleh digunakan seumur hidup...hanya perlu hubungi kami dan membuat bayaran pendahuluan seminggu sebelum anda menghadiri kursus tersebut.... jangan lepaskan peluang!!!! Cepat2 Nanti tak ada sijil tak boleh kahwin!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sunday, April 26, 2009
PROGRAM BADAN KEBAJIKAN PUTERI BAHAGIAN MASJID TANAH
Tadi jam 11, saya bersama rakan-rakan seperjuangan Puteri Bahagian Masjid Tanah berkunjung dan melawat rakan puteri kami yang sakit. Ketua Puteri kami pun ikut sekali. Rakan kami tue sakit jantung tersumbat. Aishah Mat Sari. Terperanjat kami dengar dia sakit. Selama nie kami tak tahu langsung. Kami nampak dia seorang yang cergas dan aktif. Apa yang ibu dia katakan kepada kami, rupanya dia dah ada sakit tue sejak dari dia umur 3 tahun lagi. Dia selalu pegi buat rawatan. Tapi masa kami semua datang tadi dia dah boleh bergerak. Cuma tak boleh bercakap banyak. Kami AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah memberi sedikit sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh beliau. Kami mendoakan agar beliau cepat sembuh. Insyaallah..Amin!!!




Saturday, April 25, 2009
MESYUARAT AJK PERGERAKAN PUTERI UMNO BHGN MASJID TANAH
Salam perjuangan....
Dah lebih 2 minggu blog nie tak di update. jadi hari nie unit IT Puteri Bahagian Masjid Tanah kembali dengan agenda yang tersendiri. Sudah nak masuk 2 bulan AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah tak bermesyuarat. Jadi, satu mesyuarat telah diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 25 April 2009
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik mesyuarat bangunan UMNO Masjid Tanah
Antara agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:
1) Ucapan penghargaan kepada AJK yang hadir dan yang telah banyak membantu dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Ucapan tahniah juga kepada aktiviti gotong-royong yang telah diadakan.
2) Perancangan program kursus kahwin yang akan di adakan pada penghujung bulan Mei nanti.
3) Pemberitahuan mesyuarat cawangan-cawangan yang akan dijalankan bermula 15/05/2009-30/6/2009.
4) Perancangan beberapa program daripada biro masing-masing. (Penerangan, Usahawan, IT, Sukan, Kebudayaan, Pendidikan, Latihan, Kebajikan)
5) Pencarian ahli-ahli puteri yang baru.
Lepas kitaorang dah selesai berbincang, ada satu slot selingan. Penyampaian hadiah kepada Ketua Puteri kitaorang yang dah menang sebagai EXCO Puteri UMNO Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Tak percaya?... Meh!! kita sama2 tgk gambar yang sempat dirakamkan.


Alhamdulillah mesyuarat kami telah berakhir pada jam 10.30 malam. Jadi kepada AJK yang telah diberikan kepercayaan untuk membuat program yang telah dirancang, SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA. semoga kita berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang. Terima Kasih.




Sunday, April 12, 2009
TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN YANG BARU

Salam perjuangan..Dah nak masuk sebulan Perhimpunan Agung UMNO 2008 berakhir.Kami Puteri Bahagian Masjid Tanah ingin mengucapkan setingggi-tinggi tahniah atas perlantikan ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta Exco Puteri UMNO Malaysia yang baru.Salah seorang exco tersebut adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Masjid Tanah, Mas Ermieyati Bt Samsudin.Beliau telah memperoleh undi yang tertinggi dikalangan exco Puteri UMNO Malaysia yang menang dalam pemilihan tersebut. Nampaknya segala kempen dan usaha yang di lakukan oleh mereka yang terlibat berbaloi dengan jayanya.Semoga dengan perlantikan yang baru ini, Puteri UMNO akan semakin mantap dan perjuangan akan tetap diteruskan.
Saturday, March 21, 2009
Calon EXCO Puteri UMNO Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
Sudah menjangkau sebulan blog Puteri Masjid Tanah ini tidak diupdate dengan berita-berita dan info-info terkini atas kesibukan setiap ahli. Namun begitu pada hari ini Blog Puteri Masjid Tanah tampil dengan calon EXCO Puteri UMNO Malaysia.
Mungkin Pn. Mas Ermieyati binti Hj Samsudin yang anda kenali sebagai Kak Emy dikalangan Puteri UMNO Masjid Tanah yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka sedang sibuk berkempen dan bertemu dengan ahli-ahli puteri di seluruh pelusuk negeri.
Baiklah kepada anda semua Pn. Mas Ermieyati memegang nombor 34 dan diharapkan kepada semua perwakilan puteri akan memangkah nombor ini sebagai tanda sokongan padu anda.
Sekian dulu, semoga kita akan berjumpa lagi di masa-masa akan datang..
at 3/21/2009 11:49:00 AM 1 comments
Labels: calon, exco, Ketua Puteri, Malaysia, UMNO







