CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 25, 2009

MESYUARAT AJK PERGERAKAN PUTERI UMNO BHGN MASJID TANAH

Salam perjuangan....

Dah lebih 2 minggu blog nie tak di update. jadi hari nie unit IT Puteri Bahagian Masjid Tanah kembali dengan agenda yang tersendiri. Sudah nak masuk 2 bulan AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah tak bermesyuarat. Jadi, satu mesyuarat telah diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 25 April 2009
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik mesyuarat bangunan UMNO Masjid Tanah

Antara agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:

1) Ucapan penghargaan kepada AJK yang hadir dan yang telah banyak membantu dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Ucapan tahniah juga kepada aktiviti gotong-royong yang telah diadakan.
2) Perancangan program kursus kahwin yang akan di adakan pada penghujung bulan Mei nanti.
3) Pemberitahuan mesyuarat cawangan-cawangan yang akan dijalankan bermula 15/05/2009-30/6/2009.
4) Perancangan beberapa program daripada biro masing-masing. (Penerangan, Usahawan, IT, Sukan, Kebudayaan, Pendidikan, Latihan, Kebajikan)
5) Pencarian ahli-ahli puteri yang baru.

Lepas kitaorang dah selesai berbincang, ada satu slot selingan. Penyampaian hadiah kepada Ketua Puteri kitaorang yang dah menang sebagai EXCO Puteri UMNO Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Tak percaya?... Meh!! kita sama2 tgk gambar yang sempat dirakamkan.




Alhamdulillah mesyuarat kami telah berakhir pada jam 10.30 malam. Jadi kepada AJK yang telah diberikan kepercayaan untuk membuat program yang telah dirancang, SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA. semoga kita berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang. Terima Kasih.




1 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Soalan kepada puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah , kenapa tiada topik agenda perihal salah laku ( Politik Wang ) Ketua Menteri Melaka Ali Rostam di dalam mesyurat u all . Selaku seorang yang berugama islam kenapa perkara perkara nahi munkar tidak di bentangkan di dalam mesyuarat .Atau memang u all ni da di tutup mati hati oleh Allah SWT , Nahuzubillah .Kenapa masih bernaung dengan Ketua yang mengamal politik wang . Atau u all ni memang 2 X 5 punya kumpulan > Tolong ok HARAM TETAP HARAM jangan nak di tutup bangkai gajah atau di melaka kanchil dengan sapu tangan .Nahuzubillah