CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Sunday, April 26, 2009

PROGRAM BADAN KEBAJIKAN PUTERI BAHAGIAN MASJID TANAH

Tadi jam 11, saya bersama rakan-rakan seperjuangan Puteri Bahagian Masjid Tanah berkunjung dan melawat rakan puteri kami yang sakit. Ketua Puteri kami pun ikut sekali. Rakan kami tue sakit jantung tersumbat. Aishah Mat Sari. Terperanjat kami dengar dia sakit. Selama nie kami tak tahu langsung. Kami nampak dia seorang yang cergas dan aktif. Apa yang ibu dia katakan kepada kami, rupanya dia dah ada sakit tue sejak dari dia umur 3 tahun lagi. Dia selalu pegi buat rawatan. Tapi masa kami semua datang tadi dia dah boleh bergerak. Cuma tak boleh bercakap banyak. Kami AJK Puteri Bahagian Masjid Tanah memberi sedikit sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh beliau. Kami mendoakan agar beliau cepat sembuh. Insyaallah..Amin!!!





Saturday, April 25, 2009

MESYUARAT AJK PERGERAKAN PUTERI UMNO BHGN MASJID TANAH

Salam perjuangan....

Dah lebih 2 minggu blog nie tak di update. jadi hari nie unit IT Puteri Bahagian Masjid Tanah kembali dengan agenda yang tersendiri. Sudah nak masuk 2 bulan AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah tak bermesyuarat. Jadi, satu mesyuarat telah diadakan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 25 April 2009
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik mesyuarat bangunan UMNO Masjid Tanah

Antara agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:

1) Ucapan penghargaan kepada AJK yang hadir dan yang telah banyak membantu dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Ucapan tahniah juga kepada aktiviti gotong-royong yang telah diadakan.
2) Perancangan program kursus kahwin yang akan di adakan pada penghujung bulan Mei nanti.
3) Pemberitahuan mesyuarat cawangan-cawangan yang akan dijalankan bermula 15/05/2009-30/6/2009.
4) Perancangan beberapa program daripada biro masing-masing. (Penerangan, Usahawan, IT, Sukan, Kebudayaan, Pendidikan, Latihan, Kebajikan)
5) Pencarian ahli-ahli puteri yang baru.

Lepas kitaorang dah selesai berbincang, ada satu slot selingan. Penyampaian hadiah kepada Ketua Puteri kitaorang yang dah menang sebagai EXCO Puteri UMNO Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Tak percaya?... Meh!! kita sama2 tgk gambar yang sempat dirakamkan.




Alhamdulillah mesyuarat kami telah berakhir pada jam 10.30 malam. Jadi kepada AJK yang telah diberikan kepercayaan untuk membuat program yang telah dirancang, SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA. semoga kita berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang. Terima Kasih.




Sunday, April 12, 2009

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN YANG BARU


Salam perjuangan..Dah nak masuk sebulan Perhimpunan Agung UMNO 2008 berakhir.Kami Puteri Bahagian Masjid Tanah ingin mengucapkan setingggi-tinggi tahniah atas perlantikan ketua Puteri UMNO Malaysia yang baru Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta Exco Puteri UMNO Malaysia yang baru.Salah seorang exco tersebut adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Masjid Tanah, Mas Ermieyati Bt Samsudin.Beliau telah memperoleh undi yang tertinggi dikalangan exco Puteri UMNO Malaysia yang menang dalam pemilihan tersebut. Nampaknya segala kempen dan usaha yang di lakukan oleh mereka yang terlibat berbaloi dengan jayanya.Semoga dengan perlantikan yang baru ini, Puteri UMNO akan semakin mantap dan perjuangan akan tetap diteruskan.

Saturday, March 21, 2009

Calon EXCO Puteri UMNO Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Sudah menjangkau sebulan blog Puteri Masjid Tanah ini tidak diupdate dengan berita-berita dan info-info terkini atas kesibukan setiap ahli. Namun begitu pada hari ini Blog Puteri Masjid Tanah tampil dengan calon EXCO Puteri UMNO Malaysia.

Mungkin Pn. Mas Ermieyati binti Hj Samsudin yang anda kenali sebagai Kak Emy dikalangan Puteri UMNO Masjid Tanah yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka sedang sibuk berkempen dan bertemu dengan ahli-ahli puteri di seluruh pelusuk negeri.

Baiklah kepada anda semua Pn. Mas Ermieyati memegang nombor 34 dan diharapkan kepada semua perwakilan puteri akan memangkah nombor ini sebagai tanda sokongan padu anda.

Sekian dulu, semoga kita akan berjumpa lagi di masa-masa akan datang..

Saturday, February 21, 2009

PROGRAM MENYUSUR AKAR PUTERI BAHAGIAN MASJID TANAH

Hari ini pada 21/2/2009 satu program menyusur akar Puteri Bahagian Masjid Tanah dalam peringkat Dun Kuala Linggi telah diadakan di Balairaya Kg.Permatang, Kuala Sungai Baru. Program tersebut dimulakan pada jam 8 pagi dengan acara gotong-royong membersihkan Balairaya Kg.Permatang,Kuala Sungai Baru.ADUN Kawasan Kuala Linggi,YB Ismail Othman telah turut serta bersama-sama kami dalam menjayakan program ini.Ramai juga ahli-ahli puteri,orang-orang kampung,kanak-kanak di kawasan sekitar turut serta membantu dalam aktiviti tersebut.Selepas itu,kami meneruskan aktiviti lawatan ke rumah-rumah yang kami telah pilih untuk diberikan sumbangan.Sebanyak 3 buah rumah telah dipilih dalam aktiviti ini dari segi kategori orang kurang upaya,ibu tunggal serta anak-anak yatim.Jadi pada rakan-rakan seperjuangan sekelian,saksikanlah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang berlangsungnya program itu tadi.









Friday, February 13, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KPD PELAJAR CEMERLANG UPSR 2008

Dengan sukacitanya satu program penyampaian hadiah kpd pelajar cemerlang UPSR 2008 akan diadakan seprti ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Februari 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Balairaya Ramuan Cina Besar
Perasmi: YB Datuk Wira Abu Seman Yusop
Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah

Program ini telah dijalankan oleh Biro Pendidikan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah dengan dibantu oleh AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah &Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah sendiri iaitu Mas Ermieyati Samsudin.Beliau telah banyak memberi galakan,semangat & seterusnya menyumbangkan tenaga dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan berkat, usaha serta doa maka pelajar-pelajar yang menyertai program ini telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR yang lepas. Justeru itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah menjemput YB Datuk Wira/YB Datuk/YB/Tuan/Puan/En/Cik Ke majlis tersebut. Sekian, terima kasih

Gambar Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2008