CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 19, 2010

PENDIRIAN UMNO TAK BERUBAH


''Kalau boleh kita tidak mahu ulang-ulang perkara ini sebab ia tidak produktif. Mereka mengetahui pendirian kita dan biarlah mereka menyatakan pendirian terhadap apa sahaja cadangan yang menjurus kepada perbincangan bagi mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian UMNO untuk menjayakan rundingan perpaduan antara orang Melayu tidak pernah berubah.
"Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada Pilihan Raya Umum Ke-13). 
Najib berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa sahaja cadangan atau rundingan membabitkan perpaduan orang Islam dan Melayu.
Beliau menambah, setiap rundingan tidak sepatutnya disertai dengan prasyarat kerana ia boleh membantutkan usaha tersebut.

(Pas) jangan terus hina UMNO dalam ucapan-ucapan mereka. Kalau hendak berbincang janganlah kita mengutuk satu sama lain


1 comments:

Anonymous said...

Kalau nak bincang dengan PAS berbincang lah baik-baik dengan Presiden PAS.Tak payah nak jumpa orang lain.Dan yang lain tu tak payahlah terhegeh-hegeh nak masuk campur.Hairan dengan PAS,dimana-mana pun di dunia ni Presiden berkuasa tapi dalam PAS lain pula.Apa presiden PAS tu bodoh sangat ka sampai tak boleh buat keputusan sendiri.Atau presiden PAS memang tak layak untuk memimpin?Kalau dah tak layak,letak jawatan bagi kat orang lain yang layak dan pandai buat keputusan.Tak kira siapa pun didalam,keputusan tetap presiden yang buat.Kepada presiden PAS jadilah presiden yang benar-benar Presiden bukan Pak Turut.Anda dilantik oleh ahli PAS untk memimpin bukan untuk duduk sedap-sedap,orang lain buat keputusan dan anda cuma umumkan saja.Siapa pun boleh jadi presiden macam tu.Jadi dalam hal ini,UMNO hanya perlu berbincang dengan Presiden PAS saja bukan orang lain.Tak perlu terhegeh-hegeh nak bincang dengan PAS kalau Presiden PAS tak mau.Buang masa saja kalau bincang dengan orang lain.Ingat hidup mati dah ditentukan Allah.Segala tidak tanduk kita akan dinilai Allah.Sekiranya segala yang kita lakukan tak betul,jawablah kita di akhirat nanti.Waktu tu semua keputusan yang kita buat adalah tanggungjawab kita.Kalau kita dok ikut cakap orang dan ianya bersalahan dan menjadi keputusan kita,haa..jawablah nanti.