CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 9, 2008

Konvensyen BN tahun hadapan.

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, satu Konvensyen Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada awal tahun depan bagi memperkukuhkan keharmonian hubungan kaum dan agama yang semakin merosot serta terhakis.
Perdana Menteri berkata, kerajaan dan BN perlu berusaha untuk memperbaharui komitmen bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
"Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini.
"Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang melalui dialog, tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas tanpa sebarang keraguan," katanya.
"Memberikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua," katanya pada sidang akhbar selepas Mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mac depan.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak menghuraikan secara mendalam mengenai konvensyen tersebut.
Beliau berkata, konvensyen tersebut adalah satu usaha jangka panjang yang diharap akan berterusan. - UTUSAN ONLINE -


posted by - www.akudiadansesuatu.blogspot.com

0 comments: