Tuesday, February 21, 2012
SKUAD IT (UKP) - KURSUS IT
SKUAD IT (UKP) - KURSUS IT
Tarikh : 18-19/2/2012
Tempat: Hotel Hang Tuah Heritage, Melaka
Masa: 2hari 1 Malam
Peserta : 3org Puteri dari setiap Dun
SKUAD PUTERI PRIHATIN DI KLINIK KESIHATAN MASJID TANAH
SKUAD PRIHATIN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
Tarikh : 17/2/2012
Tempat : Klinik Kesihatan Masjid Tanah
Masa : 2.30 ptg
Saturday, February 11, 2012
Tuesday, February 7, 2012
PELANCARAN JENTERA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
PELANCARAN JENTERA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah melancarkan jentera pilihanraya Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah bertempat di hadapan Perhentian Bas Masjid Tanah baru-baru ini.
Majlis bertujuan untuk menyuntik semangat dan mempersiapkan fizikal serta ketahanan jiwa barisan jentera pergerakan itu bagi menghadapi PRU ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Seramai 400 orang ahli pergerakan itu dari seluruh Parlimen Masjid Tanah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO Malaysia, Puan Mas Ermieyati Samsudin. Menurut beliau, jentera Pergerakan Puteri perlu memainkan peranan penting meraih sokongan khususnya belia dan wanita muda selaras dengan slogan ”BN Pilihan Orang Muda” yang dilancarkan baru-baru ini. Beliau juga berharap dengan penyampaian watikah pelantikan pada majlis itu, jentera Pergerakan Puteri akan berganding bahu bekerja dengan penuh semangat dan proaktif bagi memastikan BN dan UMNO Bahagian Masjid Tanah mencatat kejayaan lebih besar dalam PRU ke 13 nanti menerusi pelan-pelan tindakan yang telah disusun di peringkat pusat.
Pada majlis tersebut juga jentera Pergerakan Puteri yang terdiri daripada beberapa skuad iaitu Skuad Puteri Bermotor, Skuad Puteri Prihatin, Skuad IT Puteri dan Skuad ”VOGUE” telah melafaz ikrar taat setia jentera Puteri UMNO diketuai oleh Puan Marina Abdul Manap, Pengerusi Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Majlis pelancaran jentera Puteri ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Datuk Karim Sulaiman (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap ADUN Tanjung Bidara), YB Datuk Latipah Omar (ADUN Tabuh Naning), YB Datuk (Ar.) Ismail Othman (ADUN Kuala Linggi),YB Amiruddin Yusof (ADUN Air Limau), dan Saudara Hasnoul Hisham Mat Hasim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Saturday, January 28, 2012
PERJUMPAAN JENTERA PILIHANRAYA PUTERI UMNO DUN AYER LIMAU
Tarikh : 25/1/2012
Tempat : Pusat Khidmat Nasihat Parlimen Masjid Tanah, Paya Rumput
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Pusat Khidmat Nasihat Parlimen Masjid Tanah, Paya Rumput
Masa : 8.30 mlm
Wednesday, January 4, 2012
BARBER ON WHELLS
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah menganjurkan Program barber On Wheels pada 31/12/2011 bertempat di hadapan Perhentian Bas Masjid Tanah, Melaka.
Program yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar Parlimen Masjid Tanah bertujuan untuk membantu golongan ibu bapa membuat persiapan akhir bagi anak-anak mereka sebelum kembali ke sekolah pada 4 Januari 2012 nanti.
Seramai kira-kira 250 orang kanak-kanak sekolah rendah dan menengah tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut daripada seramai 20 orang tukang gunting yang didatangkan khas daripada semua Dun dalam Parlimen Masjid Tanah.
Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Puan Mas Ermieyati Samsuddin, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah sentiasa prihatin dan berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Selain daripada bantuan RM100 bagi setiap pelajar yang telah diberikan oleh kerajaan baru-baru ini, pihak kami turut memikirkan bantuan lain yang dapat disumbangkan kepada masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu kami memilih untuk mengadakan program Barber on Wheels ini.
Turut diadakan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak dan majlis penyampaian sumbangan beg sekolah kepada 20 orang kanak-kanak daripada Dun Kuala Linggi, DUN Tanjung Bidara, DUN Air Limau, Dun Lendu dan Dun Tabuh Naning. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia.
Turut hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Biro Pelajaran Exco Puteri Umno Malaysia, Saudari Seriwani Sabtu, YB Datuk Karim Sulaiman (ADUN Tanjung Bidara), YB Datuk Latipah Omar ( ADUN Tabuh Naning) dan YB Amiruddin Yusof (ADUN Air Limau) dan Saudara Hasnoul Hisham Mat Hasim, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Masjid Tanah.
Subscribe to:
Comments (Atom)



















