CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 21, 2012

SKUAD PUTERI PRIHATIN DI TAPAK PASAR MALAM MASJID TANAH


SKUAD PUTERI PRIHATIN DI TAPAK PASAR MALAM MASJID TANAH
Tarikh : 19/2/2012
Tempat : TAPAK PASAR MALAM MASJID TANAH
Masa : 6.00 -7.30mlm
Turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma & kaunter semakan SPR

SKUAD IT (UKP) - KURSUS IT


SKUAD IT (UKP) - KURSUS IT
Tarikh : 18-19/2/2012
Tempat: Hotel Hang Tuah Heritage, Melaka
Masa: 2hari 1 Malam
Peserta : 3org Puteri dari setiap Dun

SKUAD PUTERI PRIHATIN DI KLINIK KESIHATAN MASJID TANAH


SKUAD PRIHATIN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
Tarikh : 17/2/2012
Tempat : Klinik Kesihatan Masjid Tanah
Masa : 2.30 ptg

Saturday, February 11, 2012

MELAKA HARI INI - 10 FEBRUARI 2012

Tuesday, February 7, 2012

PELANCARAN JENTERA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH



PELANCARAN JENTERA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah melancarkan jentera pilihanraya Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah bertempat di hadapan Perhentian Bas Masjid Tanah baru-baru ini.

Majlis bertujuan untuk menyuntik semangat dan mempersiapkan fizikal serta ketahanan jiwa barisan jentera pergerakan itu bagi menghadapi PRU ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Seramai 400 orang ahli pergerakan itu dari seluruh Parlimen Masjid Tanah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO Malaysia, Puan Mas Ermieyati Samsudin. Menurut beliau, jentera Pergerakan Puteri perlu memainkan peranan penting meraih sokongan khususnya belia dan wanita muda selaras dengan slogan ”BN Pilihan Orang Muda” yang dilancarkan baru-baru ini. Beliau juga berharap dengan penyampaian watikah pelantikan pada majlis itu, jentera Pergerakan Puteri akan berganding bahu bekerja dengan penuh semangat dan proaktif bagi memastikan BN dan UMNO Bahagian Masjid Tanah mencatat kejayaan lebih besar dalam PRU ke 13 nanti menerusi pelan-pelan tindakan yang telah disusun di peringkat pusat.

Pada majlis tersebut juga jentera Pergerakan Puteri yang  terdiri daripada beberapa skuad iaitu Skuad Puteri Bermotor, Skuad Puteri Prihatin, Skuad IT Puteri dan Skuad ”VOGUE” telah melafaz ikrar taat setia jentera Puteri UMNO diketuai oleh Puan Marina Abdul Manap, Pengerusi Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Majlis pelancaran jentera Puteri ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir sama dalam program ini ialah YB Datuk Karim Sulaiman (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap ADUN Tanjung Bidara), YB Datuk Latipah Omar (ADUN Tabuh Naning), YB Datuk (Ar.) Ismail Othman (ADUN Kuala Linggi),YB Amiruddin Yusof (ADUN Air Limau),  dan Saudara Hasnoul Hisham Mat Hasim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah.