CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Friday, August 5, 2011

Puteri UMNO melancarkan Kad Hawa Real Rewards



Pelancaran Kad Hawa dibuat serentak dengan sambutan 10 tahun penubuhan Puteri. Kad Hawa adalah program usahasama antara Puteri UMNO dan Real Rewards yang bukan dikhususkan kepada ahli Puteri sahaja tetapi juga dibuka kepada wanita berusia 18 tahun ke atas. Selain mendapat mata ganjaran, Kad Hawa juga memberikan perlindungan kecurian ragut untuk meringankan beban mangsa. Kad berkenaan menawarkan faedah perlindungan bagi kecurian ragut yang meliputi kehilangan wang dan barangan berharga, perlindungan pengeluaran wang dari ATM, kehilangan dompet dan juga kes ragut menyebabkan kematian yang meliputi faedah dari RM500 sehingga RM10ribu.Ketua-ketua pergerakan Puteri bahagian dilantik sebagai ejen menyebarkan Kad Hawa. Bagi mereka yang tidak dapat menghubungi ketua Puteri bahagian, mereka boleh mendapatkan terus daripada Real Rewards.

0 comments: