Kursus Masakan Roti/Bun/Pizza anjuran Puteri UMNO Cawangan Durian Daun & Bkt Beringin ini telah dijalankan pada 20/11/2010 di Kolej Komuniti, Masjid Tanah, Melaka. Seramai 20 orang peserta kursus yang terdiri daripada AJK Puteri Bahagian dan Ahli-ahli Puteri Cawangan telah menyertainya. Kursus seperti akan memberi serta menjana pendapatan kepada ahli Puteri. Terima kasih kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Pn. Mas Ermieyati Samsudin yang telah hadir di majlis Penutupan Kursus ini.
Wednesday, November 24, 2010
Monday, November 8, 2010
LAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH KE BILIK GERAKAN & MESYUARAT BERSAMA AJK PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH
Pada 5/11/2010 (Jumaat) Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop telah mengadakan dan membuat tinjaun di Bilik Gerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah. Sekaligus mengadakan perjumpaan bersama AJK Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Monday, November 1, 2010
LAWATAN PRIHATIN
Penderitaan Azura mendapat perhatian Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah & Puteri UMNO Dun Lendu yang telah mengadakan Lawatan Prihatin pada 31/10/2010. Semoga sumbangan yang dilhulurkan dapat meringankan penderitaan Azura sekeluarga.. Insyaallah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)