CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 30, 2010

PROGRAM PUTERI UMNO MENYUSUR AKAR (DUN KUALA LINGGI)

Pada 29/08/2010 (Ahad) Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Anjuran Badan Kebajikan Puteri UMNO Dun Kuala Linggi telah mengadakan Program Menyusur Akar.  Lebih kurang 13 penerima bantuan telah menerima sumbangan ikhlas bagi membantu mereka dalam persediaan menyambut Aldilfitri. Sebanyak 10 buah kereta yang membawa konvoi lebih kurang 30 ahli Puteri UMNO.  Semoga dengan adanya Program seperti ini dapat menambahkan dan mengeratkan silaturahim sesama ahli serta dapat menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Monday, August 23, 2010

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Pada 22/8/2010 (Ahad), Semua AJK, Ketua Puteri UMNO Cawangan telah menerima sumbangan Duit Raya oleh Datin Seri Asmah yang berlangsung di Bangunan UMNO Masjid Tanah.

MESYUARAT AJK PUTERI BAHAGIAN MASJID TANAH

Tuesday, August 10, 2010

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BIRO PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Pembentangan Kertas Kerja setiap Biro Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah pada 8/8/2010 (Ahad) bersama Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop. 

CUCI KERETA AMAL PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan Cuci Kereta Amal pada 7/8/2010 (Sabtu) di Dasiah Carwash, Paya Rumput Masjid Tanah.  Seramai lebih kurang 20 AJK Puteri telah turun padang untuk menjayakan program tersebut.  Program ini adalah dibawah Biro Kebajikan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah.

Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM VOGUE (VOLUNTARY GROUP FOR EVERYONE) DI SHAH ALAM


PROGRAM VOGUE (VOLUNTARY GROUP FOR EVERYONE) ini di perkenalkan oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia adalah bertujuan untuk menarik golongan muda dan menterjamahkan hasrat UMNO untuk membantu masyarakat melangkaui batas agama dan bangsa.. Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) di hadapan lebih 4,000 ahli VOGUE di tapak padang kawad, UITM Shah Alam.