CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Tuesday, June 22, 2010

PAS PATUT MALU BESAR NIKMATI HASIL AKTIVITI HARAM

APA DAH JADI...?????Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.
Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.
Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.
Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.
Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa 'hasil haram' yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.
"Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.
"Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka," katanya.
Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo'lo.
Susulan tindakan Khalid dan Lo'lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:
"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.
"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik 'dua alam' Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.
"Perangainya sekarang membuktikan pendirian 'cakap tak serupa bikin'. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi 'suci dalam debu', lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian)," tegasnya. by utusan online

2 comments:

sribuat said...

salam,
nak tanya la, tau tak beza judi dan arak dalam pelbagai agama? Islam mengharamkan semua judi dan arak. Tapi sesetengah agama, arak dibenarkan. Dan dalam semua agama, judi diharamkan. Tak boleh.

Sebab itu di kelantan, arak dilesenkan di kawasan terhad, tidak terbuka. 7-E tak dak jual arak di kelantan. kalau ada tu yang tak berlesen. Atas dasar Islam itu adil maka arak dibenarkan kepada bukan Islam.
Hasil itu boleh digunakan tetapi bukan untuk beri bantuan kebajikan tetapi pembangunan seperti jalanraya. bukan untuk bayar gaji.

Judi, oleh kerana semua agama tidak membenarkan judi maka sebab itu amat wajar diharamkan walau atas nama untuk memerangi judi haram yang beri keuntungan kepada kumpulan penjenayah.

Jadinya tuan, kalau nak mengulas, kena kaji dulu. kalau nak petik mana-mana berita terutama berkenaan dengan dasar Islam ataupu agama lain, kena fikir dulu. Jangan sampai orang kata kita jahil. Tu pun hanya petik wee chee keong punya pandangan. Kalau Mufti Harussani ke, Dato' Jamil Khir ke, Dato' Mashitah ke, boleh juga dipegang.

Jadi tuan, berhati-hatilah kalau nak petik sesuatu berita atau cerita berkaitan agama ni yer..

salam 1malaysia....

Halim Tuah said...

Di sini penulis sertakan beberapa artikel tentang agama Hindu dan Buddha yang tidak melarang judi di dalam agama tersebut. Di harap pemimpin-pemimpin PAS yang memperbodohkan diri mereka itu mahir bahasa Inggeris. Jika tidak, penulis boleh terjemahkan:-

1. Gambling is encouraged during the Diwali (Deepavali) season as a way of ensuring good luck for the coming year and in remembrance of the games of dice played by the Lord Shiva and Parvati on Mount Kailasa or between Radha and Krishna. In honour of Lakshmi, the female player always wins during Diwali.-http://www.religionfacts.com/hinduism/index.htm



2. From a Buddhist perspective, recreational gambling would be considered harmless and not against the Precepts. However, because all gambling plays on at least some element of greed it is certainly unbecoming for Buddhist organizations to raise funds by lotteries and games of chance.


3. For the Buddha, it is being virtuous that makes one 'lucky', not having a winning streak. He said: 'If a gambler were to win a fortune on his very first throw his luck would nonetheless be insignificant. It is many times more 'lucky' to conduct oneself wisely with body, speech and mind and after death be reborn in heaven' (M.III,178) - Buddhaism

Harakah Daily.Net sepatutnya melaporkan :-

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Pemimpin-pemimpin PAS dilihat menyerlahkan kebodohan sendiri dengan berlagak lebih pandai dari sami Buddha dan juga sami Hindu tentang isu judi di dalam agama sami-sami itu.