CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 8, 2009

TEAM BUILDING BERAKHIR SUDAH

Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah telah menganjurkan satu program Team Building di Kem Warisan Masjid Tanah pada 19-21hb Disember 2008 yang lalu. Seramai lebih kurang 80 orang peserta telah menghadiri program ini. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop. Banyak kenangan dan pengalaman yang ditimba sepanjang berlangsungnya program ini. Walaupun banyak rintangan dan halangan pada peringkat awal untuk melaksanakan program ini, Alhamdulillah akhirnya dengan kerjasama semua pihak Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah mampu merealisasikan program ini dengan jayanya. Di sini dinukilkan beberapa fotografi setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini untuk tatapan umum.

Aktiviti Hari Pertama (19/12/2008)