CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 24, 2008

Hukum Mengucapkan Hari Krismas

Kategori: Islam, Umum
Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan:
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:
Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?


Jawapan:
Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata: Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari kebesaran mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]

Ertinya : “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

Artinya : “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ‘ikut serta’ bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,

Ertinya : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka”. [Hadits Riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebahagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

[Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403]

Thursday, December 18, 2008

PROGRAM TEAM BUILDING

Satu program team building akan di adakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 19-21 Disember 2008
Masa: 5.00 petang
Tempat: Kem Warisan Bukit Cempedak, Jln Air Molek
Masjid Tanah, Melaka.
Dengan itu diharapkan peserta2 dapat memberikan komitmen yang tinggi pada program tersebut. Kerjasama dari anda semua amat dihargai bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sekian, terima kasih. Dari Biro IT Puteri Bahagian M.Tanah.

Monday, December 15, 2008

Hujan Itu Rahmat

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,

"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Tips Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Informasi

Ciri-ciri Orang Terkena sihir

1· Badan terasa panas pada masa masa tertentu. Terutama pada masa Magrib dan Asar.

2· Kuku jari terutama jari manis agak kehitaman, biasanya akibat dari sihir santau.

3· Buka mata dan tutup mata anda, sebelum 0.01 saat biasanya ada kilatan cahaya perak. Bahasa Terengganu di sebut bintanga kamar. Kehadiran cahaya perak ini adalah akibat ada Jin gembala di bahagian belakang urat belikat anda. Ini akan menyebabkan pandangan anda melihat wujud makluk ghaib di mana-mana. Akan menyebabkan ketakutan yang teramat sangat.

4· Bila anda dapat melihat wujud makluk ghab ini menunjukan anda telah ada hubungan dengan makluk tersebut. Pekara ini juga terjadi pada pengamal ilmu ghaib atau kebatinan. Syarat untuk berjaya keilmuan yg di perlajari harus bersatu dengan makluk tersebut. Contoh : bagi mereka yang mempelajari ilmu Rijalul Ghaib, Rijalul Ghaib tersebut harus bersatu dengan mereka, barulah segala kesaktian dari Rijalul Ghaib itu bersatu dengan mereka dan mereka akan memiliki kesaktian tersebut.

5· Sebuah fenomena perubatan yang menggunakan teknik pukul dengan ranting pohon delima atau ranting pohon bidara, memicit ibu jari dengan lada hitam, sembur mata pesakit dengan biji lada hitam, pukul pesakit sehingga pingsan he he he kadang-kadang silap teknik sehingga menyebabkan kematian.

Anda akan melihat pesakit menjerit jerit kesakitan, Kemudian pesakitpun sembuh ( untuk seketika ), apa yang berlaku disini adalah JIN atau Syaitan telah bersatu dengan pesakit. Jika pesakit itu sakit maka Jin pun ikut sakit. Maka pesakit pun sembuh hanya untuk seketika. Kemudian kesakitan akan berulang kembali. Kesimpulanya JIN dan Pesakit telah bersatu. Pisahkan mereka untuk selama- lamanya merupakan cara terbaik. Teknik Aura therapy 1 dan 2 mengajar cara ini .

6· Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah. Pekara ini disebabkan serabut dan hati yang sentiasa keluh kesah dan gelisah terbawa-bawa ke alam tidur hasilnya fobia nak tidur.

7· Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam, biasanya di sulami dengan dada berdebar-debar.

8· Anda berkongsi pengalaman yang baik dan buruk dengan Jin yang bersatu dalam diri anda. Sehingga terbawa dalam alam mimpi. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup, merupakan pengalaman yang di miliki oleh Jin yang ada dalam badan anda.

9· Mimpi yang sangat menyeramkan. Sebenarnya mimpi yang menyeramkan bukanlah pengalaman anda tapi pengalaman Jin yang menginap pada minda bawah sedar anda. Bersihkan minda bawah sedar anda menggunakan teknik getaran Khusus yang kami ajarkan dalam kursus Aura Therapy.

10· Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus. Alam Jin terdiri dari fasa-fasa tertentu maka alam haiwan merupakan tingkatan alam yang paling rendah di alam jin. Jika bermimpi haiwan yang di sebut diatas ini menunjukan Jin yang berada dalam diri anda mudah untuk di usir. Sebab Jin tersebut berada pada tingkatan alam yang sangat rendah dan mudah untuk di rawat.

Menurut pengalaman saya cukup menggunakan amalan Pengisian sukma ( terdiri dari ayat-ayat lazim ) boleh di pelajari dalam kursus Aura Therapy, insyaallah sembuh.

11· Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur. Gigi terutamanya gigi taring dan geraham berhubung dengan saraf di otak. Gangguan digigi menunjukan ada gangguan pada gelombang otak.

12· Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur. Pengalaman dalam tidur merupakan pengalaman memasuki “jendela Jiwa” atau alam bawah sedar. Perbatasan antara alam sedar dan alam bawah sedar telah di robohkan oleh sebuah energy asing atau Kuasa kegelapan akibat sihir.

Kesannya anda sudah tidak dapat membezakan alam sedar dan bawah sedar anda telah memasuki alam matrix. Alam yang anda ciptakan sendiri hasil dorongan energy kegelapan tersebut.

13· Berperasaan sedih dan pilu pada saat tidur, biasanya berlaku pada sihir yang berkaitan ilmu pengasih.

14· Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar. Merupakan sebuah fenomena kerasukan dan pengawalan minda seseorang oleh jin suruhan pensihir tersebut dari alam bawah sedar.

15· Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi. Merupakan salah satu tanda meraga sukma atau mengambil alih minda bawah sedar seseorang. Minda bawah sedar merupakan minda yang sangat petuh pada setiap saranan, termasuk saranan dari luar minda anda. Ini termasuk dalam teknik “soul connected” atau “seru roh”. Istilah yang mudah Sihir memanggil kekasih ( kekasih kuseru ).

Sihir seru kekasih ini biasanya dilakukan dengan memanggil nama anda berbinkan Ibu anda.

16· Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan. Mengambil pengalaman jin sihir yang berada dalam diri anda.

17· Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam. Salah satu fasa di alam Jin yang anda berada disitu, alam di sini kebiasaanya berlaku jika anda mempunyai perjanjian dengan saka atau mewarisi saka.

18· Bermimpi melihat hantu.

19· Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

20· Terasa ada berat di bahagian urat belikat. Bahagian ini biasanya di duduki oleh jin.

21· Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

22· Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat. Fikiran tergaggu tapi tidak tahu punca.

23· Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

24· Cepat marah tanpa sebab yang menasabah.

25· Terasa benci tanpa sebab pada suami atau Isteri.

26· Sering tidak sedarkan diri tanpa sebab.

27· Menggigil bila terdengar ada orang mati.

28· Badan akan bergerak sendiri terutama bila terdengar gendang silat. ( Biasanya terjadi pada mereka yang mengamal ilmu kebatinan )