CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA

a`kum rakan2 seperjuangan, selamat malam.sebenarnya saya nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan2 puteri tak kira kat mana jua.esok pagi saya akan bertolak pulang ke kampung pulau pinang.doakan perjalanan saya.buat kak emy,thanks for your card.salah dan silap harap dimaafi.u all semua,jemputlah datang ke rumah ye di no mt2757 taman bandar baru m.tanah lorong 2.kita jumpa nanti beramai2 di mesyuarat bahagian Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah pd 11/10/2008.ok, chow chin chow dulu.adios,amigos.take care.miss n love u all..w`salam.dianapu3.

Monday, September 22, 2008

Buka Puasa di mana petang ni?

Macam-macam nak beli di pasar ramadhan nanti....
hm....nafsu bulan puasa kalau diikutkan memang menjadi, itu yang dari comel jadi bertambah comel..
Buat semua yang sedang sibuk menjalani ibdah puasa.., kita ada lebih kurang 8 hari untuk berpuasa . Selepas itu, kita berhari raya. Tapi apa-pun...jimat cermatlah. Sekarang ekonomi semua tengah merudum.beg duit pun nipis je. sekarang kalau ke Pasar Ramadhan..dengan RM20 pun boleh kira berapa plastik beg yang dipegang...
Ingat... jangan boros sangat tau.. Saya pun ingatkan diri sendiri ni. Oklah selamat berbuka.....jam 7.12pm nanti tau.

wsalam

Salam Ramadhan buat semua..

Assalamualaikum buat puteri-puteri saya di luar sana,
Terima kasih buat Diana dan sahabat-sahabat yang telah membantu membangunkan blog Puteri Masjid Tanah ini. Sebenarnya, saya telahpun membangunkan blog Puteri Bahagianmasjid Tanah di alamat http://puterimasjidtanah.blogspot.com tetapi terbiar.Ini disebabkan saya banyak menulis di blog saya sendiri. Apabila melihat kawan-kawan dari bahagian lain sibuk menulis di blog puteri bahagian, maka saya pun mengusulkan supaya PuteriMT ini akan dibangunkan oleh puteri-puteri bahagaian saya sendiri. Jadi banyak informasi akan lebih cepat disampaikan. isnyaallah.
Tahniah saya ucapkan juga kepada semua ketua Pergerakan Puteri Cawangan-cawangan yang telah dapat bersidang dengan baik dan lancar. Untuk mnakluman anda semua, Pergerakan Puteri UMNO bahagian Masjid Tanah pada peringkat awal dijangkakan akan berlaku pertandingan di pertingkat ahli jawatankuasanya. Walaubagaimanapun, mesyuarat Puteri Bahagian yang telah diadakan pada 14/10/2008 yang lalu mengesahkan bahawa tidak akan ada pertandingan. Ini adalah kerana, dari 21 orang calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai ajk Puteri UMNO bahagian, 2 daripadanya telah menarik diri.
Saya maklumkan kepada semua bahawa saya lebih suka jika ada pertandingan. Saya tidak akan sama sekali akan menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri untuk bertanding. Ini adalah hak sebagai ahli parti. Malah saya bangga kerana kali ini ramai yang berminat untuk menawarkan diri sebagai AJK, di kala Parti sedang sakit dilanda pelbagai krisis. Ini menunjukkan bahawa UMNO masih lagi relevan di kalangn anak muda kita.
Persidangan Puteri UMNO Bahagian telah pun diputuskan untuk diadakan pada 11/10/2008 jam 8malam. ianya akan dirasmikan oleh YB datuik Wira Abu Seman, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga telah Menang tanpa bertanding.(Tahniah !! Datuk Wira). pada malam itu juga kita akan menyaksikan Blog Puteri bahagian ini kan dirasmikan oleh YB Datuk Wira. Jadi kepada semua ahli Puteri MAsjid Tanah, saya menyeru dan saya mengajak anda semua yang telah mempunyai blog anda sendiri supaya dapat maklumkan kepada krew saya di talian: 0136470031 , agar dapat kami paparkan di dalam blog ini.
Jumpa lagi.
wsalam.
emy ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian MT.
http://emysamsudin.blogspot.com

Saturday, September 20, 2008

Puteri UMNO Masjid Tanah

Pergerakan Puteri UMNO Masjid Tanah mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang melawati blog ini. Semoga dengan kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. InsyaAllah...