CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Monday, October 6, 2008

Pertandingan Ketua Puteri Cermin Kematangan Ahli

Pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan membuktikan pergerakan tersebut semakin matang dalam berpolitik.

Datuk Noraini Ahmad yakin, pertandingan tersebut juga tidak akan menjejaskan perpaduan Puteri kerana setiap anggota terutama perwakilannya tahu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, sebagai sayap parti, Puteri yang telah berusia lapan tahun tidak boleh mengelak daripada berpolitik secara aktif seperti Pergerakan Pemuda dan Wanita.

“Kita kena berpolitik tetapi tidak membelakangkan peranan dan prinsip Puteri,” katanya.

Beliau mengulas kemungkinan jawatan Ketua Puteri bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Naib Ketua Puteri, Rosnah Abdul Rashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul yang juga Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsudin dan Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail.UTUSAN



0 comments: