CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Saturday, October 25, 2008

PERALIHAN KUASA UMNO "GANGGU" RANCANGAN PAKATAN:-MALAYSIAKINI

Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "sedikit-sebanyak" terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno."Peralihan kuasa dalam Umno sedikit sebanyak mengganggu langkah kita (membentuk kerajaan baru)," katanya sumber-sumber yang rapat dengan PAS kepada Malaysiakini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi dijadual menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac depan.Menurut sumber-sumber itu lagi, Najib dijangka melakukan rombakan kabinet apabila mengambil alih kuasa yang mungkin memberi lebih banyak kedudukan penting kepada wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini difahamkan gabungan pembangkang kini risau ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak yang didakwa telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, membatalkan hasrat mereka ekoran rombakan kabinet tersebut."Jumlah (ahli parlimen BN yang akan melompat parti) sekarang ini ngam-ngam (cukup-cukup) saja," jelas sumber-sumber tersebut.

Mesyuarat kepimpinan Pakatan

Mengulas portfolio yang dikehendaki PAS dalam kerajaan baru nanti, sumber-sumber berkata perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama ketiga-tiga parti gabungan PKR, DAP dan PAS.Menurutnya, sehingga ini sudah dua mesyuarat parti pimpinan Pakatan telah diadakan.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, keputusan berhubung permintaan portfolio PAS masih masih belum dibuat.Sumber juga mendakwa, perbincangan tentang jawaan timbalan perdana menteri juga masih belum selesai.Sebelum ini, PAS telah melantikan jawatankuasa lebih orang anggota untuk mewakili parti itu berunding dengan rakan-rakan Pakatan berhubung penubuhan kerajaan baru.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; naib-naib presiden, Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa; serta setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar.


MES:
Ntahlah... saya tidak rasa peralihan kuasa ini menggangu.. Mungkin mereka sengaja menjadikan alasan peralihan kuasa ini untuk tidak terus mewar-warkan tarikh untuk mereka terus memperjuangkan mengambil alih kerajaan BN. Teringat pulak sewaktu saya berkempen di Permatang PAuh. Saya terjumpa sahabat lama yang juga merupakan "orang kuat PKR". Dia begitu sungguh-sungguh menyatakan tentang 16September. Kalau dia berkata dengan nada biasa saja , mungkin saya tidak akan makan hati...
TApi beliau bercerita dengan sombong, angkuh, bongkak dan egonya "tunggulah sampai 16September... bla..bla.." Sampai sekarang bila kenangkan dia saya rasa geli hati...apa-apa sajalah PAk Anwar......hebat sungguh anak buah mempertahankan 16September hang tu....wops!!!

0 comments: