CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Saturday, October 25, 2008

PERALIHAN KUASA UMNO "GANGGU" RANCANGAN PAKATAN:-MALAYSIAKINI

Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim "sedikit-sebanyak" terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno."Peralihan kuasa dalam Umno sedikit sebanyak mengganggu langkah kita (membentuk kerajaan baru)," katanya sumber-sumber yang rapat dengan PAS kepada Malaysiakini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi dijadual menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac depan.Menurut sumber-sumber itu lagi, Najib dijangka melakukan rombakan kabinet apabila mengambil alih kuasa yang mungkin memberi lebih banyak kedudukan penting kepada wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini difahamkan gabungan pembangkang kini risau ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak yang didakwa telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, membatalkan hasrat mereka ekoran rombakan kabinet tersebut."Jumlah (ahli parlimen BN yang akan melompat parti) sekarang ini ngam-ngam (cukup-cukup) saja," jelas sumber-sumber tersebut.

Mesyuarat kepimpinan Pakatan

Mengulas portfolio yang dikehendaki PAS dalam kerajaan baru nanti, sumber-sumber berkata perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama ketiga-tiga parti gabungan PKR, DAP dan PAS.Menurutnya, sehingga ini sudah dua mesyuarat parti pimpinan Pakatan telah diadakan.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, keputusan berhubung permintaan portfolio PAS masih masih belum dibuat.Sumber juga mendakwa, perbincangan tentang jawaan timbalan perdana menteri juga masih belum selesai.Sebelum ini, PAS telah melantikan jawatankuasa lebih orang anggota untuk mewakili parti itu berunding dengan rakan-rakan Pakatan berhubung penubuhan kerajaan baru.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; naib-naib presiden, Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa; serta setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar.


MES:
Ntahlah... saya tidak rasa peralihan kuasa ini menggangu.. Mungkin mereka sengaja menjadikan alasan peralihan kuasa ini untuk tidak terus mewar-warkan tarikh untuk mereka terus memperjuangkan mengambil alih kerajaan BN. Teringat pulak sewaktu saya berkempen di Permatang PAuh. Saya terjumpa sahabat lama yang juga merupakan "orang kuat PKR". Dia begitu sungguh-sungguh menyatakan tentang 16September. Kalau dia berkata dengan nada biasa saja , mungkin saya tidak akan makan hati...
TApi beliau bercerita dengan sombong, angkuh, bongkak dan egonya "tunggulah sampai 16September... bla..bla.." Sampai sekarang bila kenangkan dia saya rasa geli hati...apa-apa sajalah PAk Anwar......hebat sungguh anak buah mempertahankan 16September hang tu....wops!!!

Sunday, October 12, 2008

PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH KALI KE-5 BERJALAN LANCAR

Salam Perjuangan.Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah Kali Ke-5 telah berjalan dengan lancar.Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop selaku Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.Di dalam persidangan tersebut,blog Puteri Masjid Tanah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Yusop.Di persidangan itu,perubahan baik yang paling ketara di kalangan para perwakilan adalah sudah ramai yang berani bersuara,melontarkan pandangan,kupasan idea dan pandangan mereka juga amat baik dan mendapat pujian.Isu politik & pendidikan adalah usul yang telah dibentangkan di dalam persidangan tersebut.Persidangan ditangguhkan pada jam 11.48 malam.

Friday, October 10, 2008

Sekalung Budi Untuk Yb Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Persidangan Perwakilan Puteri UMNO kali ke 2.

Yb Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ybhg Pn Mas Ermieyati & Dato' Noraini.

Antara Persiapan Menjelang Persidangan Perwakilan Puteri UMNO kali ke 5.

Menjelang Persidangan Perwakilan Puteri UMNO bahagian Masjid Tanah Bagi kali 5/2008 banyak perkara perlu diuruskan oleh semua AJK Bahagian Puteri.

Antara persiapan yang telah dijalankan ialah :

08 Okt 2008 (8.30mlm) - Perjumpaan krew blog pu3.
10 Okt 2008 (12.30pg) - Ajk persiapan dewan membuat persiapan di Dewan.
10 Okt 2008 (8.30mlm) - Kumpulan Koir Puteri membuat rehearsal.
10 Okt 2008 (8.30mlm) - Perjumpaan krew blog pu3

p/s : kepada AJK Bahagian yang lain juga kami Krew blog pu3 mengucapkan selamat menjalankan tugas anda dengan Cemerlang, Gemilang & Terbilang!! Jumpa anda di Persidangan!

posted by : www.akudiadansesuatu.blogspot.com

Thursday, October 9, 2008

Konvensyen BN tahun hadapan.

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, satu Konvensyen Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada awal tahun depan bagi memperkukuhkan keharmonian hubungan kaum dan agama yang semakin merosot serta terhakis.
Perdana Menteri berkata, kerajaan dan BN perlu berusaha untuk memperbaharui komitmen bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
"Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini.
"Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang melalui dialog, tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas tanpa sebarang keraguan," katanya.
"Memberikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua," katanya pada sidang akhbar selepas Mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mac depan.
Perdana Menteri bagaimanapun tidak menghuraikan secara mendalam mengenai konvensyen tersebut.
Beliau berkata, konvensyen tersebut adalah satu usaha jangka panjang yang diharap akan berterusan. - UTUSAN ONLINE -


posted by - www.akudiadansesuatu.blogspot.com

Wednesday, October 8, 2008






Kursus UPSR 2008.









Isu - Isu Semasa..

Gempar seketika pada 24 September yang lalu, apabila semua media mendedahkan tentang pencemaran susu yang berlaku di China..
Banyak produk yang dilabelkan sebagai tercemar..di Bulan mulia ini, saya ingin berkongsi info mengenai produk - produk yang telah disahkan TIDAK mengandungi bahan melamine ini.
banyak kesan sampingan jika anda menggunakan @ makan @ minum susu @ bahan makanan yg tercemar ini. Jadi girls outhere..please be carefull ok..
List kat bawah ni telah disahkan tahap keselamatan nya..

Produk Nestle
(Milk ingredient sourced from Australia, New Zealand, United States and Europe)
Nestle Dairy Sterilised.

Produk Dutch Lady(Milk ingredient sourced from Australia, Thailand, Indonesia and Netherlands) Friso range of products.

Produk Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn Bhd
(Milk ingredients sourced from countries other than China)

Produk Yakult (Malaysia)
(Milk ingredients sourced from Australia)
Yakult Ace.


untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman sesawang :
http://fsq.moh.gov.my.


atau hubungi hotline Kementerian Kesihatan Malaysia :

TALIAN HOTLINE BILIK GERAKAN KKM:
03- 88833655
03- 88833503
03- 88833500
03- 88833652


posted by : www.akudiadansesuatu.blogspot.com

Monday, October 6, 2008

Pertandingan Ketua Puteri Cermin Kematangan Ahli

Pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Ketua Puteri UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan membuktikan pergerakan tersebut semakin matang dalam berpolitik.

Datuk Noraini Ahmad yakin, pertandingan tersebut juga tidak akan menjejaskan perpaduan Puteri kerana setiap anggota terutama perwakilannya tahu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, sebagai sayap parti, Puteri yang telah berusia lapan tahun tidak boleh mengelak daripada berpolitik secara aktif seperti Pergerakan Pemuda dan Wanita.

“Kita kena berpolitik tetapi tidak membelakangkan peranan dan prinsip Puteri,” katanya.

Beliau mengulas kemungkinan jawatan Ketua Puteri bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Naib Ketua Puteri, Rosnah Abdul Rashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul yang juga Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsudin dan Naib Ketua Puteri Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail.UTUSAN



PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH 2008

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH. ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH AKAN BERSIDANG PADA KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:-

Tarikh : 11HB OKTOBER, 2008.
Jam : 8.00malam
Tempat : Dewan Besar, Pejabat UMNO Bahagian Masjid Tanah,
Melaka.


SEMOGA DAPAT MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PERWAKILAN AGAR DAPAT SAMA-SAMA MENYUMBANGKAN SEGALA IDEA DAN JUGA BUAH FIKIRAN SEWAKTU PERSIDANGAN ITU NANTI.