CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
glitter graphics

Monday, September 22, 2008

Salam Ramadhan buat semua..

Assalamualaikum buat puteri-puteri saya di luar sana,
Terima kasih buat Diana dan sahabat-sahabat yang telah membantu membangunkan blog Puteri Masjid Tanah ini. Sebenarnya, saya telahpun membangunkan blog Puteri Bahagianmasjid Tanah di alamat http://puterimasjidtanah.blogspot.com tetapi terbiar.Ini disebabkan saya banyak menulis di blog saya sendiri. Apabila melihat kawan-kawan dari bahagian lain sibuk menulis di blog puteri bahagian, maka saya pun mengusulkan supaya PuteriMT ini akan dibangunkan oleh puteri-puteri bahagaian saya sendiri. Jadi banyak informasi akan lebih cepat disampaikan. isnyaallah.
Tahniah saya ucapkan juga kepada semua ketua Pergerakan Puteri Cawangan-cawangan yang telah dapat bersidang dengan baik dan lancar. Untuk mnakluman anda semua, Pergerakan Puteri UMNO bahagian Masjid Tanah pada peringkat awal dijangkakan akan berlaku pertandingan di pertingkat ahli jawatankuasanya. Walaubagaimanapun, mesyuarat Puteri Bahagian yang telah diadakan pada 14/10/2008 yang lalu mengesahkan bahawa tidak akan ada pertandingan. Ini adalah kerana, dari 21 orang calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai ajk Puteri UMNO bahagian, 2 daripadanya telah menarik diri.
Saya maklumkan kepada semua bahawa saya lebih suka jika ada pertandingan. Saya tidak akan sama sekali akan menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri untuk bertanding. Ini adalah hak sebagai ahli parti. Malah saya bangga kerana kali ini ramai yang berminat untuk menawarkan diri sebagai AJK, di kala Parti sedang sakit dilanda pelbagai krisis. Ini menunjukkan bahawa UMNO masih lagi relevan di kalangn anak muda kita.
Persidangan Puteri UMNO Bahagian telah pun diputuskan untuk diadakan pada 11/10/2008 jam 8malam. ianya akan dirasmikan oleh YB datuik Wira Abu Seman, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga telah Menang tanpa bertanding.(Tahniah !! Datuk Wira). pada malam itu juga kita akan menyaksikan Blog Puteri bahagian ini kan dirasmikan oleh YB Datuk Wira. Jadi kepada semua ahli Puteri MAsjid Tanah, saya menyeru dan saya mengajak anda semua yang telah mempunyai blog anda sendiri supaya dapat maklumkan kepada krew saya di talian: 0136470031 , agar dapat kami paparkan di dalam blog ini.
Jumpa lagi.
wsalam.
emy ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian MT.
http://emysamsudin.blogspot.com

0 comments: